Friday, 6 June 2008
hati-hati pilih pasangan
Apa yang penting ialah setiap remaja perlu tahu mengapa mereka bercinta. Adakah kerana kesepian, cuba meningkatkan keyakinan diri atau anda sememangnya gatal mahu bercinta?
Mereka juga perlu bijak mengendalikan cinta dengan positif kerana cinta remaja tidak semestinya membawa kesan yang negatif. Sebaliknya, cinta yang dikendalikan dengan baik dapat dijadikan dorongan untuk remaja meningkatkan perkembangan sahsiah diri mereka.
Apa saja alasan anda untuk bercinta, berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Berikut antara alasan yang kerap terjadi kepada remaja apabila mahu bercinta. Ia mungkin boleh membantu anda supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan dan mengelak mereka yang sebegini.
1. Bercinta kerana kasihan
- Cinta yang didasari oleh rasa kasihan boleh menidakkan rasional. Mereka mungkin tahu mempunyai pasangan yang tidak sesuai, tetapi kerana dipengaruhi rasa kasihan, perasaan itu akan lenyap begitu saja.
Cinta begini mudah retak jika perasaan kasihan itu semakin berkurangan. Jika ini berlaku, si gadis lebih terasa kesannya kerana mereka insan yang paling mudah menaruh kasihan berbanding lelaki.
2. Terikut-ikut untuk bercinta
- Golongan ini bercinta kerana tekanan daripada orang lain. Remaja itu berasa tertekan kerana semua kawan-kawan sudah mempunyai kekasih sedangkan dia masih solo. Keadaan ini mendorongnya untuk mencari kekasih sambil lewa saja. Dalam erti kata lain, asalkan ada kekasih saja.
3. Bercinta kerana mahu menguasai
- Ada sebahagian remaja mendapat dorongan kuat untuk menguasai orang lain. Kebiasaannya ia berlaku pada seseorang yang suka membuat peraturan, memaksa ideanya dan terlalu memburu cita-cita. Berikutan itu, mereka mudah meninggalkan pasangan jika kehendak mereka tidak dituruti.
4. Bercinta kerana nafsu
- Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh tarikan seksual. Misalnya, lelaki akan memilih pasangan yang seksi manakala si gadis lebih kepada lelaki sasa, tampan dan gagah.
Pasangan seperti ini akhirnya akan membawa diri kepada satu peringkat kesedaran bentuk fizikal bukanlah segala-galanya dalam percintaan.
5. Bercinta untuk bersaing
- Kerap berlaku kepada remaja yang sanggup bersusah-payah untuk merebut kekasih demi untuk mengalahkan pesaingnya. Dia cuma mahukan kemenangan dan bukannya demi kekasih. Malah, ia juga disulami sifat dendam dan sakit hati. Kejayaan merebut kekasih pula dianggap sebagai simbol kemenangan walaupun dia sebenarnya tidak mencintai pasangannya.
6. Bercinta kerana memberontak
- Kebanyakan remaja tidak suka apabila ibu bapa menganggap mereka seperti anak kecil dan perlu mengikut pelbagai peraturan. Sehubungan itu, remaja ini mencari pasangan sekadar untuk menunjukkan tanda protes terhadap ibu bapanya supaya dia dilihat lebih dewasa.
kasih sayang
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Kasihanilah mereka yang berada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit.” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Kasih sayang sifat terpuji yang digalakkan bagi setiap individu Muslim kerana belaian dan layanan mesra akan melahirkan suasana harmoni serta tenang dalam kehidupan. Islam menekankan pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan.
7 tanggungjawab selepas penceraian
HUBUNGAN kekeluargaan dalam sistem rumah tangga Islam tidak terhenti setakat lafaz cerai dilafazkan. Sistem kekeluargaan dalam Islam sangat sempurna dan adil kepada semua pihak di kalangan ahli keluarga.
Sungguhpun ikatan pernikahan putus akibat jatuh talak, Islam memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubung antara satu sama lain dengan batas pergaulan yang diharuskan oleh hukum syarak. Matlamat ini murni bagi memastikan hak bekas suami isteri dan anakdilindungi.
Hak yang boleh dituntut di mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:
Nafkah edah
Nafkah edah adalah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri dalam tempoh edah raji’e disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut hukum syarak.
Mutaah
Mutaah adalah satu bayaran yang wajib ke atas suami diberi kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Kadar mutaah boleh ditentukan menerusi persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya ada pertikaian mengenai kadar ini, mahkamah akan menentukan kadar bayaran mutaah itu.
Harta sepencarian
Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan bekuat kuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak.
Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Hak jagaan anak (Hadanah)
Hadanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.
Mengikut hukum syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuat kuasa, ibu adalah orang yang paling berhak bagi menjaga anaknya yang masih kecil (di bawah umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan).
Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak itu sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.
Tuntutan hak jagaan anak (hadanah) hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Nafkah anak
Nafkah anak adalah suatu nafkah yang wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.
Tunggakan nafkah
Tunggakan nafkah adalah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suami dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut di mana-mana Mahkamah Syariah.
Hak tempat tinggal
Seseorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal ketika dia dalam perkahwinan selama eddahadab bercinta dalam islam
Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”
ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.
Cinta Sebelum Kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.
Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.
Cinta Selepas Kahwin
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.
Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya...PETUA '8P' USTAZAH 'CAKAR HARIMAU'
P: Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu dengan lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
P: Peluk
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu dengan lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
P: Penghargaan
Penghargaan melalui amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
P: Perhatian
Ini penting kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
P: Persefahaman
Pasangan perlu lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
P: Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain dan elakkan daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
P: Percutian
Suami & isteri juga perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
P: Permohonan
Ini bermakna memohon doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ustazah Siti Nur Bahyah yang telah menulis buku-buku seperti Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda, juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan lagi hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri.
Ini dengan membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama, bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri kepada Allah.
Ustazah Nur Bahyah selanjutnya berkata, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwanya yang kosong.
Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga.
lelaki mudah mendekati wanita bersifat keibuan
wanita.
Kecantikan sesuatu yang subjektif. Apapun, wanita harus menjadikan diri
mereka cantik dalam segala aspek.
Jika ciri yang diperturunkan ini anda miliki, ia mungkin boleh dianggap
satu pakej wanita idaman yang diingini lelaki sebagai pasangan hidup satu
hari nanti.
* Keibuan. Inilah sikap sebenar wanita yang membuatkan lelaki teruja
padanya. Banyak lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut,
mengambil berat dan penuh kasih sayang.
Wajah keibuan sesungguhnya mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika
sedang dalam keadaan tertekan, cemas dan gelisah serta senang hati ketika
mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru hendak menonjolkan
sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi memiliki sikap keibuan dalam diri
masing-masing.
* Keanak-anakan. Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita
menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka rasa terhibur dengan keletah
anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan
menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang menyenangkan.
Kemanjaan wanita boleh membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian, malah
wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah.
* Penuh pengertian. Pengertian wanita sering membuat lelaki berasa dihargai
dan diterima seadanya seperti perasaan mudah memaafkan dan memilih waktu
yang tepat untuk berbincang masalah.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang penuh pengertian
tidak terus mengeluarkan kata-kata kasar atau menuduh yang bukan-bukan
sebaliknya cuba mengerti duduk perkara sebenar.
* Menghargai. Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.
Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka
dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan
daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
* Menjaga penampilan. Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga
penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik.
Penampilan yang baik menunjukkan wanita itu menghargai dirinya. Dia akan
murah senyuman, pandai merawat dan menjaga kesihatan tubuhnya, meningkatkan
kualiti hidup serta memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona
yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumah tangga,
wanita berkenaan terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan
walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang kelihatan
cantik dan ramping walau sudah punya anak tiga?
* Pandai berbicara. Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi
dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki
berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita berkenaan dapat
mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi memberi tindak balas dan
pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik serta
mengalihkan topik agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki
juga gemar wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh
menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
* Pandai bergaul dan menyesuaikan diri. Wanita yang pandai bergaul dan
menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tahu
menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih
muda. Apabila berhadapan dengan suasana baru, wanita itu cepat menyesuaikan
diri.
* Menghormati diri sendiri. Lelaki suka wanita yang menghormati dirinya
sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita
yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang
baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
* Simpati dan prihatin. Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil
berat, simpati pada nasib mereka yang susah, sayangkan kanak-kanak dan
tidak memilih bulu.
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan
mempesona.
Wednesday, 4 June 2008
Tips Untuk Membina Pesona Diri ( Utk Wanita )
Di sini ada tips-tips yg boleh anda ikuti untuk membina pesona diri anda dikalangan lelaki...
1. Lelaki suka kepada wanita yang yakin pada dirinya. Jadi jika anda yakin pada diri anda, suka pada diri anda dan dapat menerima diri anda sendiri seadanya, maka lelaki juga akan mudah menyukai diri anda. Walaupun anda berparas rupa sederhana, keyakinan anda akan menyerlahkan suatu pesona yg luar biasa. Lelaki tidak suka akan perempuan yg asyik merungut tentang hidungnya yang tidak mancung atau tubuhnya yg rendah kerana sememangnya kejadian Tuhan tidak boleh dipinda. Bersyukurlah!
2. Belajar untuk berdikari. Sesetengah lelaki menganggap wanita yg pandai berdikari mempunyai pesona yg tersendiri. Lelaki tidak suka wanita yang asyik bergantung pada orang dan sentiasa mengharapkan pertolongan lelaki. Tetapi ada juga sesetengah lelaki yg amat suka wanita yg manja dan sentiasa memerlukannya. Dia akan berasa dirinya hebat apabila dapat memberi pertolongan kepada wanita. Jadi, sesuaikan diri anda mengikut keadaan. Kalau nak tukar tayar kereta, apa salahnya meminta tolong pada kawan lelaki. Lagipun mana ada wanita yang 'superwoman'?
3. Jangan berpura-pura bodoh untuk memikat hati lelaki. Untuk apa? Adakah anda suka memikat lelaki yg bodoh pula? Jadilah diri anda sendiri..tapi janganlah pula berlagak pandai dalam segala hal kerana ia hanya menjengkelkan. Oleh itu, gunakan kebijaksanaan anda dengan bijaksana juga!
4. Jaga penampilan diri anda dengan memakai pakaian yg anda selesa memakainya. Jangan terikut-ikut dengan perkembangan fesyen utk nampak cantik kerana tidak semua fesyen sesuai untuk anda. Anda mungkin menjadi mangsa fesyen dan nampak hodoh! Terus merudum pesona anda!
5. Jangan terlalu rendah diri jika anda tidak cantik seperti artis atau model. Lagipun, anda sendiri tidak mengharapkan lelaki yg bakal menjadi pasangan anda utk kacak seperti Brad Pitt. Jadi, pastikan anda sentiasa selesa dengan diri anda. Wanita yang sentiasa berfikiran negatif terhadap dirinya pasti hanya akan memancarkan aura negatif di persekitarannya. Cara utk mengatasi perasaan rendah diri ini, cuba imaginasikan diri anda seorang puteri dan berjalan, berdiri, makan dan melakukan sesuatu seperti seorg puteri yg hebat. Ambil contoh Paris Hilton. Tak semua lelaki akan menganggap dia mempesonakan jika dia berfikiran negatif terhadap dirinya dan asyik terperuk dalam sangkar emasnya. Tetapi kerana dia yakin dirinya seperti seorang 'princess' dan 'act like a princess' dia menyerlahkan pesona dirinya yang begitu hebat!
6. Sekiranya anda ke majlis keramaian, cuba untuk masuk ke dalam kumpulan kawan-kawan lelaki anda dan berbual-bual. Lelaki lain akan berasa hairan mengapa ada seorg wanita yang nampak mesra di dalam kelompok lelaki. Tentu ada sesuatu yang menarik pada diri anda dan membuat lelaki itu pula tertarik untuk mendekati anda.
7. Beri perhatian kepada penampilan lelaki yang cuba anda dekati. Sekiranya dia membuat potongan rambut baru yg nampak menawan atau memakai tali leher yg cantik, pujilah dgn ikhlas. Lelaki selalu berusaha utk nampak menarik tetapi jarang mendapat pujian. Jadi pujian anda tentu membuat dia rasa bangga dan gembira.
8. Jangan sesekali minum alkohol. Perbuatan ini sudahlah haram disisi agama malah akan memabukkan anda. Sekiranya anda mabuk, sudah tentu anda akan bercakap merepek-repek dan membuat anda kelihatan amat murah dan meloyakan..
9. Pupuklah sikap menghargai. Ucapkan terima kasih pada perkara-perkara yg kecil sekalipun. Senyumlah di kala anda meluahkannya. Ia membawa makna yang besar.
10. Tanya lelaki tentang pekerjaannya dan hobinya. Dengar dengan teliti apa yang dikata dan ramahlah bertanya soalan tentang perkara-perkara yang diminatinya. Tentu lelaki itu seronok berbual-bual dengan anda. Anda pun secara tidak langsung mendapat pengetahuan baru tentang dunia lelaki! Mana tahu dia mengajak anda menyertai team futsalnya dan ini memberi peluang kepada anda utk lebih mengenalinya!
11. Relaks dan selesakanlah diri anda apabila bergaul dengan ramai orang. Semakin anda selesa dengan diri anda, semakin selesa orang yang berada disekeliling anda terhadap diri anda. Anda hanya akan kelihatan kelam-kabut sekiranya anda gemuruh.
12. Sekiranya anda berusaha menarik perhatian seseorg lelaki, pastikan anda berdua memang sesuai dan sepadan di antara satu sama lain. Membuang masa sekiranya anda membuat seorang lelaki itu 'perasan' atau jatuh hati pada anda tetapi kemudian anda menyesal gila asyik dikejarnya!! Ingat, pesona anda bukan bertujuan utk mempermain-mainkan hati lelaki dan juga bukan utk digunakan utk test market!
13. Semasa berbual-bual dengan lelaki, jangan mengumpat atau bercakap buruk tentang wanita lain kerana lelaki hanya akan menganggap anda cuba membuat dia berfikiran negatif terhadap wanita lain. Ini akan memburukkan pesona diri anda.
14. Setelah berbual-bual, berikan kata-kata 'pesona' kepadanya seperti "Saya suka betul berbual-bual dengan awak..rasa seronok dapat berkenalan dengan awak. Boleh tak kita saling keep in touch selepas ini?"..Tentu hati lelaki itu rasa bangga dan dalam masa yg sama 'cair'...hehehehe
15. Jangan asyik muncung di dalam majlis. Nanti orang kata kita sombong. Senyumlah selalu dan mungkin senyuman anda membuat seorang lelaki tertawan! Senyuman adalah sedekah yg paling murah tetapi berharga! Ia mungkin pesona anda yg tersembunyi!
16. Jika anda berada bersama seorg lelaki yg anda minati, anggaplah dia sebagai seorg kawan dan pasti dapat mengurangkan debaran jantung anda apabila berada dekat dengannya.
17. Jangan sesekali meminta lelaki membeli hadiah itu dan ini kepada anda. Contohnya anda mendengar khabar dia akan Perth, Australia. Anda pun sibuk memujuk dia membeli ole-ole mahal dan suara anda yg kasar terus berubah manja. Lelaki tentu menganggap anda seorang 'gold digger' atau perempuan materialistik kerana anda sanggup meminta hadiah darinya walaupun anda tiada kaitan dengannya langsung. Lelaki akan lebih menghormati seorang wanita yg tidak meminta-minta. Jika dia mengambil berat tentang diri anda dan menganggap anda seorg yg istimewa, pasti dia akan ingat pada anda dan akan tergerak utk membeli sesuatu utk anda walau anda tidak memintanya. Kejutan seperti ini adalah lebih menyeronokkan. Anda dan dia sama-sama teruja!
18. Lelaki amat suka pada wanita yg berfikiran terbuka dan dapat gelak bersama-sama pada lawak jenaka mereka. Wanita yg mudah tersinggung atau terlalu serius membuat lelaki jadi rimas. Tetapi kita juga perlu ingat setakat mana kita boleh berfikiran terbuka kerana kita bukan seperti orang Barat yg dapat menerima segalanya.
19. Seorang wanita yg pandai bergurau dan memiliki 'sense of humour' yg tinggi merupakan seorg wanita yg mempesonakan pada pandangan sesetengah lelaki. Seperti wanita, lelaki juga suka dihiburkan dengan cerita-cerita jenaka dan bila wanita dapat membuat seorg lelaki itu ketawa, itu tandanya wanita itu memang mempunyai aura pesona yg tersendiri. Selain lawak jenaka, apa salahnya jika sekali-sekala wanita pula mengusik lelaki dan membuat mereka tersipu malu..(suka tapi malu!) Kadang-kadang gurau senda dan usik-mengusik dapat menjalin hubungan yg lebih mesra.
20. Bila berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, jangan asyik bercakap tentang diri anda. Dan jangan membolot perbualan sehingga tiada ruang untuk dia mencelah. Selain itu, terlalu pendiam pula membuat lelaki itu cepat bosan atau kehabisan idea utk berbual-bual dengan anda. Oleh itu berpada-padalah dalam percakapan. Dari segi psikologi, seseorg individu memang suka bercakap-cakap tentang dirinya. Jadi, biarlah dia puas bercakap tentang dirinya dan selepas itu barulah anda bercakap tentang diri anda. Walaupun mungkin dia menceritakan A-Z tentang dirinya, janganlah anda pula beritahu segala-galanya tentang diri anda. Simpanlah sedikit supaya diri anda ada 'aura' dan 'pesona' misteri.
21. Awas! Jangan sesekali bercakap besar tentang diri anda atau menceritakan segala kenangan indah anda bersama bekas teman lelaki anda. Sejarah silam anda perlu dilipat kemas kecuali dia bertanya bersungguh-sungguh. Itupun berikan secara umum sahaja. Sesetengah lelaki memang suka mengorek atau ingin tahu siapa lelaki-lelaki yg pernah hadir dalam hidup anda. Sekiranya anda bercakap besar dan menceritakan betapa bertuahnya anda pernah bercinta dengan si A dan si B yg hebat, anda tersilap langkah!! Pesona anda bukan semakin naik tetapi semakin menjunam. Walaupun mereka ingin tahu, tiada lelaki yg suka dibanding-bandingkan dengan lelaki yg lain. Mungkin mereka berasa hebat sekiranya dapat memiliki anda yg pernah bercinta dengan orang-orang yg hebat, tetapi perasaan itu hanya sementara sahaja dan selepas itu mereka akan dihantui dengan perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap anda.
22. Jika anda terserempak dengan lelaki yang anda minati, ramahkan diri anda menegurnya walau bercakap Hai! Atau senyumlah padanya. Walaupun perkara ini nampak kecil, tetapi lama-lama si dia akan sedar akan kehadiran dan kewujudan anda dan mungkin dia pula yg akan menegur anda dahulu dan mengajak anda minum petang di 'mapley' berhampiran pejabat!
23. Jual mahallah sedikit..Jangan nampak seperti kita pula terlebih-lebih mahu mengenalinya. Jika anda dan dia bertukar-tukar nombor telefon, pastikan anda menunggu dia menelefon anda atau menghantar sms kepada anda terlebih dahulu. Wanita yang jinak-jinak merpati memang mempunyai daya pesona yg tinggi dan mencabar lelaki utk memilikinya. Tapi jangan terlebih jual mahal..takut nanti langsung tidak laku..hehehee!! Gunakan 'common sense' utk memberi respon yg sewajarnya.
24. Menghormati lelaki. Seperti wanita yg ingin dihormati, lelaki juga begitu malah lebih lagi kerana mereka memiliki ego yg tinggi. Respek amat penting bagi lelaki. Wanita yg tidak menghormatinya atau mengejek-ejek kebolehannya membuat ego mereka tercalar. Oleh itu, hormatilah pendiriannya, kerjayanya, pemikirannya dan impiannya. Dan walaupun anda berasa dia tidak mampu, sekurang-kurangnya berikan dia sokongan utk dia mencapai cita-citanya dan beritahulah padanya bahawa anda percaya akan kebolehan dia. Kata-kata semangat dari anda membuat dia bertambah hormat pada anda. Jadi anda dan dia dapat saling hormat-menghormati. Wanita yang dihormati lelaki adalah wanita yang pasti mempunyai pesona.
25. Peganglah pada janji. Semua orang suka individu yang bersikap jujur dan amanah. Jika kawan lelaki anda menceritakan rahsia peribadinya pada anda, janganlah anda menjaja ceritanya pada org lain utk mendapat tumpuan. Memanglah si penyebar gossip akan popular, tetapi mahukah anda menjadi popular seperti itu? Sekiranya bocor rahsianya sehingga satu pejabat tahu, sudah pasti dia mengesyaki anda sebagai dalangnya. Anda bukan mendapat pesona tetapi kutukan!
26. Dalam perbualan anda dengan kelompok rakan lelaki anda, janganlah asyik berkata tidak tahu apabila ditanya tentang sesuatu. Kalau tak tahu memang wajarlah kata tak tahu tetapi kalau semuanya tak tahu, mereka akan mengganggap anda wanita yg tidak bijak dan susah di bawa ke dalam majlis. Kalau mereka berhasrat ingin berkenalan dengan anda pun, terencat hasrat mereka. Pesona anda hilang! Oleh itu, cuba belajar untuk peka pada persekitaran dan isu-isu semasa supaya anda dapat menyelit dalam perbualan kawan-kawan lelaki anda dan memberikan pendapat bernas bila ditanya. Banyakkan membaca terutamanya suratkhabar! Membaca meluaskan pengetahuan. Jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara, jangan pula malu utk bertanya. Malu bertanya sesat jalan pula...
27. Jika di tempat kerja anda ada majlis anjuran syarikat, apa salahnya menawarkan diri untuk membantu. Apabila anda bekerjasama dalam satu pasukan yg hebat dan kerja yg dihasilkan juga hebat, pasti anda juga akan terkena tempias pujian. Orang akan mengenali anda dan secara tidak langsung meningkatkan pesona diri anda.
28. Begitu juga jika anda ada bakat terpendam. Jangan sia-siakan kerana bakat adalah satu pesona. Anda tidak perlu menjadi penyanyi dan pelakon utk menonjolkan bakat. Jika anda pandai menyanyi, sertailah aktiviti karoeke anjuran tempat kerja anda. Kalau pandai berlakon, sertailah lakonan utk aktiviti hari keluarga anda. Jika anda ada bakat sebagai MC atau pengerusi majlis, tawarkan diri anda untuk mempengerusikan sesuatu majlis yg diadakan. Dengan cara ini, pesona diri anda akan menyerlah dan orang ramai akan lebih mengetahui akan kewujudan anda dalam sesuatu organisasi. Peluang untuk anda mengenali ramai org pun akan lebih cerah.
29. Jika berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, pastikan perbualan itu ada topik yg menarik dan tidak hambar. Utk lebih fun and funny, selitkan sedikit game dalam perbualan tersebut. Anna suka tanya soalan macam.." Describe urself in one word" dan entah kenapa trik tu selalu menjadi kerana lelaki2 yg anna tanya tu pasti berfikir panjang dan akhirnya tergelak-gelak semasa memberi jawapan. Jawapan yg diberikan mesti lucu dan ini dapat 'break the ice'! One point extra!
30. Jika anda pernah berbual-bual dengan seorg lelaki tentang sesuatu perkara, lain kali bila bertemunya tanyalah soalan yg berkaitan dengan perkara tersebut. Contohnya, dia pernah beritahu anda akan menyertai pertandingan menembak. Jadi, tanyalah tentang kejuaraan tersebut. Jika dia menang tempat pertama 'sharp shooter', ucapkan tahniah kepadanya. Perkara-perkara kecil sebegini dpt memberi makna yg besar.
31. Jangan hipokrit. Jujurlah dengan diri sendiri dan pada org lain. Jangan kerana anda ingin memikat seorang lelaki, anda bersetuju dengan semua kata-katanya. Jika anda benci menonton ESPN, janganlah menipunya dengan mengatakan saluran itu saluran kabel kegemaran anda. Cakap sajalah anda tidak suka menonton bola sepak tetapi tidak bermakna anda tidak mahu mengambil tahu tentangnya. Jika anda benci kucing, janganlah berpura-pura menyayangi kucing jalanan di kaki lima di depannya hanya kerana anda tahu dia amat menyukai kucing.
32. Pikat lelaki dengan masakan. Cubalah risik pada kawan2 lain apakah makanan kegemaran lelaki yg anda minati. Kemudian cubalah memasak makanan tersebut dan bawalah masakan tersebut di pejabat utk dikongsi bersama teman-teman sepejabat dan si dia. Manalah tahu anda menepati ciri-ciri wanita idaman hati!
33. Jangan sesekali merendah-rendahkan lelaki tentang ketidakmampuannya samada melalui perbuatan atau kata-kata. Contohnya jika kawan lelaki anda tidak mampu membeli kereta, janganlah asyik mengungkit-ungkit tentang ketidakmampuannya atau menyindirnya. Suatu hari nanti mungkin anda terdesak memerlukan pertolongannya dan motor dia juga yg anda tumpang!
34. Lelaki akan lebih respek pada wanita yg menjaga kesopanannya terutama dalam segi pergaulan dan penampilan diri. Wanita yang berpakaian terlalu menjolok mata hanya akan memberi tanggapan pada lelaki bahawa wanita tersebut terlalu bergantung kepada kecantikannya semata-mata utk mendapat perhatian. Jadi, berpakaianlah secara 'modest' tetapi ada kelas. Wanita sebegini lebih mempesonakan. Bak kata kawan2 anna pada wanita yg berpakaian sopan.."She's a lady! Respect her like a lady!"
35. Jangan selekeh. Anda tidak perlu membeli pakaian atau alat solek yg mahal utk kelihatan menarik tetapi cukuplah sekiranya anda sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Walau sibuk mana pun anda, curi masa utk melayan diri anda seperti membasuh rambut, memotong kuku, membuang 'misai' jika ada, merawat muka, memakai losyen badan, merawat tumit kaki yg pecah dan sebagainya...Semua ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Begitu juga dengan pakaian. Pastikan pakaian anda sentiasa bersih dan bukan dipakai berhari-hari baru basuh. Kebersihan diri anda perlu dijaga.
36. Jika anda meminati seorg lelaki dan dia semacam tahu niat anda utk mendekatinya tetapi malangnya tidak memberi respon atau telah berterus-terang pada anda bahawa dia tidak mahu sebarang hubungan atau komitmen dengan sesiapa pun saat itu, abaikan saja dia..Tidak ada cara utk mengubah pendiriannya itu yg keras seperti batu. Tak perlulah anda mengeluarkan semua pesona diri anda untuk memikatnya. Lupakan dia..dan teruskan kehidupan seperti biasa. Lagipun, anda telah belajar pelbagai tips utk menyerlahkan pesona diri anda dan pasti di luar sana ada banyak lelaki yg lebih menghargai diri anda!!
