Friday, 6 June 2008

PETUA '8P' USTAZAH 'CAKAR HARIMAU'

Apakah 8P itu? Berikut penerangannya:

P: Puji

Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu dengan lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

P: Peluk

Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu dengan lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

P: Penghargaan

Penghargaan melalui amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

P: Perhatian

Ini penting kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

P: Persefahaman

Pasangan perlu lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

P: Pergaulan

Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain dan elakkan daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

P: Percutian
Suami & isteri juga perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

P: Permohonan

Ini bermakna memohon doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah yang telah menulis buku-buku seperti Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda, juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan lagi hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri.

Ini dengan membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama, bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri kepada Allah.

Ustazah Nur Bahyah selanjutnya berkata, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwanya yang kosong.

Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga.

No comments: